Entah la.. apa yang sibuk sangat sampai tak dan nak jenguk "rumah" sendri pun.. tak tau la.. (betul ker ayat I nih..baca la with ur own intonation).
Sibuk.. tapi melawat ke "rumah" orang rajin plak. Memang human nature kot... MALAS nak mengemas... rasanya ramai lagi kot ada penyakit macam I nih... (nak jugak salahkan orang.. hehhe)
Lepas nih, I berazam nak update satu minggu satu kali.. perghhh.... macam sure ja.... Banyak story-mory nak disampaikan nih. (Cita-cita nak jadi anchor lady dulu..tapi tak kesampaian... hehehhe... hormon tinggi ngan hormon lawa tak cukup..)
Baru perasan, my last post was 2 years ago... hahhahaha.. 2 tahun sekali....
Semoga azam kali nih berjaya. Amin.
I letak sekali doa untuk menghindari penyakit MALAS, SEDIH, DUKACITA dan HUTANG...
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)